Thursday, July 24, 2008

BILA BERGELAR PELAJAR

Tak diduga sudah hampir sebulan digelar pelajar Master Of Science (by research).Huh, penat letih gembira pening semuanya bergabung menjadi satu. Akhirnya dapat juga merasai kehidupan sebagai seorang pelajar sarjana. Dengan tajuk yang agak susah akan diusahakan juga sehingga tamat nanti. Jutaan terima kasih kepada Dr Adibah dan Pn Fuzaina di atas kesudian untuk menjadi tonggak utama menyiapkan penyelidikan ini. Lupa nak bgtau tajuk hehehe :
"OPTIMIZING THE SEPAK KUDA SERVIS FOR REGU EVENT IN SEPAKTAKRAW GAMES"
tegar ker aku bertahan hingga akhir nanti, doakan la.
Ramai juga tertanya-tanya status aku samada pelajar fulltime or part time. Dengan persetujuan semua, aku tetap bekerja sepenuh masa dan melakukan penyelidikan juga sepenuh masa. Agak susah mendengarnya (berat lg bahu memikul). Tapi akanku korbankan demi keluarga serta mereka yang berada dibelakangku memberikan dorongan.
JADUAL BULAN OGOS:
28 Jun - 2 Ogos Piala Emas Khir Johari, Terengganu
2 Ogos - 5 Ogos Debat Komuniti Bestari Zon 1, Kedah
5 Ogos - 8 Ogos Debat Medec Intervarsiti, UiTM Shah Alam
9 Ogos - 14 Ogos Kursus Kejurulatihan Sepaktakraw Tahap 1 Pahang, Kuantan
24 Ogos - 31 Ogos Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai,Bangkok
Nampaknya bulan nie banyak keje skit..kene banyak berkorban untuk rakan-rakan serta adik-adik debat...maklumla alumni yang paling senang mintak cuti..hahahaa