Monday, September 24, 2007

Arwah Nurin : di mana nilai kemanusiaan.

Sudah beberapa hari pemergian arwah Nurin Jazlin di ratapi. Pemergian yang tidak pernah diduga boleh ibubapanya.Setelah sebulan lebih pencarian secara besar-besaran dilakukan namun sudah ketentuan ilahi berita sedih yang diterima. Siapa sangka, mereka yang tidak berperi kemanusian ini menghantar semula nurin dengan keadaan yang sangat tragis. entah ape yang mereka lakukan selama kehilangan Nurin kepada kanak-kanak itu. Entah Nurin tahu atau tidak gambarnya yang disebarkan di setiap pelusuk negara..Entah bagaimana perasaan kanak-kanak itu menghadapi saat-saat akhir hidupnya tanpa orang yang tersayang..Entah berapa lama kanak-kanak itu dalam ketakutan bersama mereka yang tidak berhati perut itu..entah..entah...

Tidak cukup dengan menyeksa kanak-kanak itu, dibungkus pula kedalam beg pakaian. Siapakah mereka sebenarnya? Syaitan mana yang mereka sembah? Dibulan ramadhan yang mulia ini mereka menunjukkan kejahilan mereka..Sejauh mana lagi yang mereka akan lakukan. Ada lagi kah kanak-kanak lain dalam tebusan mereka?Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Jawapan itu hanya terjawab jika mereka yang bersalah ini membuat pengakuan.Tapi sampai bila harus kita tunggu?Ibubapa semakin takut untuk melepaskan anak-anak mereka dari pandangan mata.Itukah yang kita tuntut dalam mencapai kemerdekaan ke 50 ini? semakin takut bergerak di negara sendiri? semakin rasa dikecam dengan keadaan sekeliling?

Tuesday, September 18, 2007

Ujian terawal ramadhan

Bulan ramadhan menjelma lagi.Alhamdulillah ramadhan kali ini dapat aku rasai sekali lagi. Seperti biasa, setiap kali ramadhan aku diminta kak ita untuk membantunya di bazar ramadhan di PKNS.Kali ini aku ,adek zaini ,abg eddy , wak ji dan seorang lagi yang belum aku kenali mengendalikan bazar di PKNS nie.

Baru dua kali membantu di bazaar tu, aku diberi ujian awal ramadhan ini. Petang kemarin sewaktu aku sedang membungkus gulai kawah untuk seorang pelanggan, aku di langgar oleh abang eddy(secara tidak sengaja). Menggelupur aku mencari tandas untuk mencurah air.TAndas tak ku kemui, aku bergerak ke salah sebuah restoran di dalam PKNS(tak tau plak name kedai tue ape)..Nasib baik la abg kat situ(Hensem gak la..rugi aiza takde) sudi membantu..abes ais dan kicap di curahkan ke tangan aku..

Akhirnya aku ke farmasi membeli Franchoil.Alhamdulillah banyak membantu dengan kadar yang cepat untuk menyelamatkan tangan ku ini..INILAH HASILNYA...




Kepedihan tangan aku masih lagi terasa hingga sekarang..

Monday, September 10, 2007

Bukit Merah lake town resort...







Sebulan yang lalu, sahabatku nein bersuara untuk bersama-sama bercuti setelah sekian lama kami tidak berjumpa (lama ke????).. Pada awalnya ramai juga la yang dijemput untuk sama-sama memeriahkan percutian ini..Namun atas beberapa permasalahan..terdapat beberapa orang yang terpaksa menarik diri..Kepada nen-c, jess, fiza , norlin dan asrul, lain kali kita buat lagi nyek (ikut perancangan lagi dua tahun..tempat tak comfirm lagi)..

Kalo di ikutkan semua yang hadir adalah rakan-rakan bekas diploma sains kuantitatif tapi ade la seorang tue yang tersesat (oppssss...luper plak..sbenarnya kiteorg yang ikut suraya n kawan2 pergi bercuti..poyo suraya)...

Kelam-kabut aku sejak hari khamis kerana tak cukup satu kereta..nasibbaek la petang jumaat tue ayah aku sempat untuk tukar bearing kereta wira..so boleh la aku dan rakan-rakan pergi berpoya-poya..terima kasih hj zainuddin ..

sebelum bertolak sempat jug aku singgah hospital tawakal melawat pak usu yang kene denggi (penyakit tahunan pak usu) dan pak cik zizi yang terpaksa menjalani operation sekali lagi.Sementara menunggu nein yang bertolak dari melaka.Sepanjag perjalanan ke shah alam..jem nak mapus..apatah lagi jalan masuk key all.Nasib baek yam dahmenyelamatkan aku dengan menyemput nein di pudu( tak payah la berjem-jem masuk kl).Terima kasih En Zack(attendent zoo taiping..huhuhuhu)

Sepanjang perjalanan suraya telah tido (dia janji nak teman kan aku...nasib baek la nak g jumpa kawan2 die..kalo tak tinggal tepi hiway )



Tepat 2.20 pagi kami tiba di Bukit merah Laketown resort..wani dah bising-bisng sebab boys kaco die..sabar wani dah nak sampai nie..










Malas nak cite banyak-banyak..gamabr nie dah menceritakan banyak perkara.....Seronoknya jangan cite la..Thankz give for these moment...Kalo yang lain jadi datang skali mesti best ma...huhu


Terima kasih kengkawan di atas KECERIAN DAN KEGEMBIRAAN ini....

Wednesday, September 5, 2007

Kehidupan yang semakin diuji

Bukan senang untuk meneruskan kehidupan ini. Semakin lama semakin banyak yang dilalui.Liku yang dilalui tidak sama setiap kali.Sampai kan ada yang hampir tersungkur walaupun tidak diganggu oleh orang lain. BAgi mereka yang masih mencari arah kehidupan yang sebenar, masih banyak lagi yang perlu dilihat.Jangan la pandang ke hadapan sahaja,sesungguhgnya yang dibelakang bukan sekadar kenangan tetapi tau ladan yang perlu di pelajari dan diperbaiki. Dikiri dan kanan juga perlu diambil kira kerana ianya adalah panduan untuk kita tidak sesat di tempat yang sepatutnya.

Berapa ramai orang yang berada disekeliling tidak semestinya boleh dipercayai malahan perlu ditapis setiap cerita yang mereka cipta. untuk apa semua itu, hidup tanpa kejujuran dan penuh kepura-puraan agar mereka terus dipandang tinggi. Setinggi mana yang mereka mahukan? setinggi langgit yang tak terkapai, pabila jatuh kelak , huh...pedih yang amat dan bakal meninggalkan parut yang besar.

Kerinduan tehadap zaman dahulu semakin mencengkam diri, betapa indahnya kehidupan itu. Sentiasa diperhatikan, sentiasa di ingatkan. Tapi kini kita yang perlu untuk melakukan semua itu. Tanggungjawab semakin menebal dan bakal memerlukan kokmitmen yang lebih besar. Jika orang yang lebih awal melakukan nya, mengapa tidak kita? lebih sukarkah kehidupan masa kini berbanding dahulu? Semakin banyakkah tekanan masa kini berbanding dahulu?

Adakah kerana globasasi yang menguasai dunia kita mula merasa tekanan yang berat? Perlu diingatkan globalisasi telah lama wujud. Kini kita lebih bvanyak medium yang digunakan untuk menangkis semua ini. Sejauh manakah usaha kita sebenarnya? Jawapan itu hanya ada pada diri kita.