Sunday, August 31, 2008

KING'S CUP 2008

Akhirnya tibalah kemuncaknya, Kejohanan pertama yang dilalui oleh anak-anak muda dalam sukan sepaktakraw wanita. Kejohanan 5 bintang yang berlangsung di Fashion Island, Bangkapi,Bangkok Thailand bermula 24hb hingga 30hb Ogos 2008 ini telah menunjukkan sesuatu.

Keputusan :

Acara berpasukan lelaki:

Emas : Thailand
Perak : Malaysia
Gangsa : Korea

Acara Double Lelaki

Emas :Thailand
Perak : Malaysia
Gangsa :Japan

Acara Berpasukan Wanita Division 1

Emas : China
Perak : Japan
Gangsa : Malaysia dan Laos

Acara Double Wanita Division 1

Emas : Indonesia
Perak : China
Gangsa : Malaysia dan Japan

Pasukan Double Wanita mendapat gangsa setelah tewas semi-final kepada indonesia


Pasukan Skuad Wanita Malaysia juga mendapat gangsa setelah tewas semi final kepada china



Terima kasih Kang Fong Ling diatas segala bantuan awak



Psychologi, nutrition, conditioning, skil...sume terjaga

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA

p/s: kengkawan sowy x smpt nak belikan buah tangan tuk semua..tak sempat jengjalan.. schedule match padat sgt hingga last day.

Thursday, August 21, 2008

JOHAN PANTUN AGENSI KERAJAAN.PBT dan IPT NEGERI SELANGOR

Tarikh : 20-21 Ogos 2008
Tempat : Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam
Anjuran : Jabatan Kebudayaan Negera, Negeri Selangor
Tahniah buat rakan-rakanku yang berjaya menjadi johan Pantun Negeri Selangor. UiTM diwakili oleh
1) Muhammad Nazri Bin Ali
2) Norasyikin Kamarudin
3) Nurul Ezzatul Yusof
4) Zaifilla Farrina Zainuddin
Tahniah juga buat Mohd Nazri kerana dinobatkan sebagai pemantun terbaik. Peringkat saringan UiTM telah menumpaskan Majlis Pebandaran Kelang, diikuti peringkat Suku Akhir Majlis Amanah Rakyat. Peringkat akhir telah menemukan UiTM dan PPAS(perpustakaan Shah Alam).
Tersenyum menawan setelah menakluki gelangang pantun negeri Selangor.

Nazri, Syikin, Filla dan Ezzatul
Menerima Hadiah daripada Pengarah Jabatan Kebudayaan Negara, Negeri Selangor.

Tuesday, August 19, 2008

SELAMAT HARI JADI KU SHAIRAH JAZAHANIM

Pagi-pagi buta aku ke opis. Nampak kete kak ima kat parking. Naik-naik atas. Buka pintu bilik..gelap..dieorang kuar kut..tetiba nampak kak ima kat 'bilik jimba ramba'..terkejut aku..awat orang tua nie kat bilik tue..siap tak bukak lampu.. die suh masuk bilik tue ngan beg2 skali. ooo..ade kak amy dalam tue...dieorang tgh tunggub KU datang..suprise partyla ni...Fieha la tukang cover line..tapi tak CEKAP buat keje...hahhaa..jangan marah nye kembaq..die plak yang nervous lebih..penat training ....

tengah penat menanti kedatangan KU...FIEHA nie xcekap sungguh..tertunggu-tunggu kiteorg nie..KAK HANNA yang sempat siapkan kerja yang walaupun tgh nak berjimba ramba

Kek yang berjaya dipasang api lilin nye...mancis terakhir baru api tue menyala..kalo tiup lilin kosong je la KU

KU yang terkejut bila 'Bilik Jimba Ramba' dibuka

KAK HANNA sempat berlari nak amek gamba..keje tak siap lagitue...FIEHA cbuknye dok pegang kek orang tue...

Sessi kembaq tengah mengatal makan makanan orang lain...HAHAHHHA....

RAKAN MUDA WAWASAN DESA PARLIMEN PUTRAJAYA

Tarikh : 15 hb - 18hb Ogos 2008
Tempat : Kompleks Sukan Kampung Pandan

Bermula jumaat lepas berlangsungnya PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA PARLIMEN PUTRAJAYA. Seramai 70orang penuntut-penuntut semester 1dan 2 UniKL (British Malaysia Institut) telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya dibawah menyelarasan Puan Yusniza MOhd Yusof. Antara Aktiviti yang dilakukan:-

Smart Outdoor Solution
Dibawah jagaan Kem Komander Emran Mohd Shah ataulebih dikenali dengan nama Pak Tam program ini diselitkan dengan program-program motivasi dan kepimpinan. Jurulatih yang terlibat adalah En Hamdan (ayahanda), En Adzhar (Staff Ad), En Hafezul Anwar (Staff Fizul) dan Miss Chin (Staff Chin). Nampaknya para peserta gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijanlankan. Tahniah buat penerima-penerima anugerah kecemerlangan.


Komuniti Bestari Presint 9, Putrajaya
Dengan kerjasama dari En Abdul Razak, pengerusi Komuniti Presint 9, putrajaya. Aktivi gotong-royong berjaya dilakukan.Pertamnya mengecat tadika dan membersihkan surau Al-Falah. Dan yang lebih menarik lagi para peserta melakukan sukaneka bersama masyarakat disana. Dan ada yang dah dapat mak angkat.


Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MDF)
Ini adalh pertama kalinya program bersama rakan-rakan baru dari MDF ini diadakan. Hampir kesemua peserta berjaya menguasai serba sedikit bahasa Isyarat yang menjadi penyambung komunikasi mereka dan masyarakat luar.

Thursday, August 14, 2008

Perhimpunan UiTM Dihatiku

UiTM Dihatiku


Wujudmu disini, ditanah anak merdeka

Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya

Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara

Pembentuk akhlak manusia, agar jadi sempurna,

Ku yang melangkah kesini, ingin mempelajari,

Rahsia dimuka bumi dengan cara hakiki

Tunjukan aku jalan ilmu mu, untuk ke menuju

Destinasi cita-cita negara dan bangsaku,

Majulah bangsa, maju negara

Berkat usaha jaya MARA,

Kami berikrar akan berjasa hingga kita berjaya

Demi Bangsa,Watikah yang ku miliki kan kusemat dihati

Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti

Kesempurnakan seikhlas hati, membela negara

Doa restu ayah bondaku, untuk mu semua

UiTM Usaha, Taqwa Mulia.


Aku tercabar dengan kenyataan Menteri Besar. Mari sama-sama kita lihat apakah objektif utama penubuhan UiTM sejak mula. Aku pasti 4 perkara dibawah mampu menunjukkan hak-hak orang melayu diatas UiTM.


1. UiTM merupakan HAK MUTLAK BUMIPUTERA, selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan HAK-HAK & KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

2. Objektif penubuhan UiTM yang bermula dengan Dewan Latihan RIDA bertujuan untuk MEMBANGUNKAN EKONOMI ORANG MELAYU dan berdasarkan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk MENGHAPUSKAN KEMISKINAN dan MENSTRUKTUR SEMULA masyarakat. Pecahan ekonomi yang tidak seimbang telah membawa kepada ketidakseimbangan perhubungan antara kaum. Justeru, salah satu ruang untuk orang melayu MEMAJUKAN DIRI ialah melalui pendidikan di UiTM.

3. UiTM mampu mengimbangi bilangan pelajar antara kaum di IPTA & IPTS. Lanjutan daripada itu, UiTM juga berfungsi sebagai KILANG untuk menghasilkan PROFESSIONAL BUMIPUTERA dalam pelbagai bidang.

4. UiTM kini telah menjadi mercu tanda kejayaan bumiputera dengan pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Menerima masuk bukan bumiputera untuk meningkatkan kualiti pelajar adalah penghinaan. Adakah selama ini produk UiTM tidak berkualiti. Graduan UiTM mampu bersaing di peringkat global.


Telah jelas menunjukkan penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera. Terdapat 22 Universiti di Malaysia dah perbagai IPTS kenapa UiTM yang dipetaruhkan. Bukan mudah memulakan UiTM. Kepimpinan yang terdahulu sedar serta komited untuk membantu anak-anak bumiputra dalam membentuk generasi yang progresif.


Perhimpunan yang berlangsung baru-baru ini menunjukkan bahawa jiwa raga penuntut UiTM mula memberontak.

Kalau seramai ini penuntut UiTM mampu turun bersama-sama mempertahankan UiTM mengapa tidak Alumnoi-alumni UiTM yang lain turut sama-sama mengeluarkan perasaan bagai mana institusi yang membimbing mereka selama ini diperkotak katikkan. Sama-sama kita renungkan dan kita rasakan peritnya bila diri diperkotak katik kan.

Tuesday, August 12, 2008

INIKAH KEHIDUPAN YANG AKU INGINKAN

Kadangkala aku terfikir, adakah ini kehidupan yang ku idam-idamkan sejak dahulu lagi..hmmm..masih jauh lagi perjalananku.Namun aku masih merangka-rangka prospek akan datang.Memang benar kata orang "Kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu seribu dalih".Jadi dimanakah letaknya diriku..Ada beberapa perkara yang sedang ligat bermain-main difikiranku.Wahai rakan-rakan doakan kejayaanku.INSYA ALLAH

NUM HANDPHONE BARU

With inconvenience servis i will change my maxis num to my celcom num 0192603224 effectively 13 August 2008. TQ

p/s:rakan-rakan kalo ade rakan-rakan lain yang memerlukan num saya..just sebar2kan.k..
biarpun kita berjauhan tetapi tetap dekat dihati -iklan celcom 2001..hehhee

DUA MINGGU DAN 3 HARI MELAYARI KEHIDUPAN

Salam.

Lama saya tidak menulis dientri ini. Saya mulakan setiap satu peristiwa sepanjang dua minggu ini.

CUTI KERJA
hahahahaha....saya pun tak pasti kenapa ramai orang marah bila bertanya "Kau cuti ke Filla"..."Aah 3minggu",jawabku..."tahula kami kenapa sukan malaysia tidak berkembang",...hahhahaha,...sume itu takde kene mengena dengan saya..Kerana cuti kali ini saya perolehi disebabkan kesemua pemain balik ke negeri masing-masing untuk bertanding di Piala Emas Khir Johari..sosementara tidak ada pemain tak salah rasanya kalau saya ambil kesempatan ini untuk menguruskan perkara-perkara lain.

PIALA EMAS KHIR JOHARI
Tahniah sekali lagi kepada AYUI, ADEQ dan Anis kerana berjaya mengekalkan kejayaan serta hatrix untuk rekod anda..Pada yang lain jangan putus asa. Bedah, walaupun tanpa ahli yang kuat..anda masih mampu membawa Kelantan ke Final. Kepada Ong, Kechik dan Azu..better uall perbaiki diri..kekalahan yang tak sepatutnya berlaku memandangkan uall berlatih sepenuh masa.

SARJANA SAINS
Pening..gile...benggang takde dah perkataan yang mampu diukirkan memandangkan banyak sangat perkara yang perlu diambil beratkan sehingga Dr Adibah dan Puan Fuzaina juga binggung dimanakah permulaan nya..Tapi takpa semakin lama...semakin nampak kesamaran cahaya

DEBAT KOMUNITI BESTARI
Tahniah dan terima kasih buat Mahzuan, Dayat, Abg Fizi n Kak Pat. Berjaya menjulang sekali lagi nama Komuniti Bestari Presint 8 Putrajaya diperingkat Kumpulan.. Kepada Abg Amir, Abg Bed, kak ilot,Abg FAuzi serta rombongan penyokong terima kasih di atas sokongan anda. Namun itu belum menjanjikan apa-apa kerana peringkat akhir menunggu anda di terengganu.. Selamat berjaya.

SELAMAT HARI LAHIR MAMA
9/8/08 genap 51tahun kelahiran PUAN ZAINAB OMAR. ibunda yang tercinta..walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kerenah daripada kami anak2 mama.Bagi meraikan harijadi mama ini..terima kasih pada kak haliza, ustaz n kak zah serta abg amir n kak zana..3biji kek yang terpaksa kami makan..yam2..kepada abg fizi n kak ilot..tq tolong masak sup macaroni..kepada kak pat tq sebab blanja sate..pda mahzuan tq sebab datang makan..hahhahaha


SELAMAT PENGANTIN BARU
ramai yang mengambil ong di atas tarikh keramat 08/08/08..tahniah kepada rakan2 yang mendirikan masjid..maaf ade beberapa yang tak dapt hadir..Aku doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu :-
1) FIFI (bersamamu)
2) MOn smtmt
3)Shaz
4) Liyana
5) Farah hendon (ftmsk)
6)Zul amir
7) Kapal
8) Kak zam
9) Saldon
10) Abg lim (pksn)
11) Paip
12) kak satul

PERGINYA SEORANG KAWAN
Disebalik menghadapi hari hari bahagia.. Alfatihah kepada Sahabatku Fakhrul Anwar (smtmt-E1).terkilan sebab tak dapat melawat pada hari isnin(4/8/08) sebab on the way balek dari kedah.Dan keesokkannya sewaktu OTW melawat arwah aku dapat berita pemergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.

OFFICEMATE AND WILLIAM
Seperti yang diniatkan akhirnya dapat juga membelanja rakan2 opismate aku di william. Cume kak hanna jer yang tak ikut serta memandangkan suaminya mengalami masalah malu yang cukup tinggi. Yang ade ku, fieha, kak aimi, kak ima n adeknya ...gamba tak dapt nak update..ade masalah teknikal..Tapi yang pasti fieha berjumpa rakan lamanya ADAM..hahahah bocor segala cerite fieha kat skola..tq Adam