Monday, January 14, 2008

TIADA LAGI

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu

Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja
Berakhir sampai disini

Tiada lagi
Yang kuharapkan
Tiada lagi
Yang kuimpikan

Biarku sendiri tanpa dirimu

Tiada lagi
Kata cintaku
Takkan lagi
Bersamamu

biarku simpan semua kenangan ku bersamamu


bait-baitnya bagai mengerti perasaan ini..Maaf andai ada yang terasa...apa yang pasti semua itu kenangan lalu...bukan bermaksud untuk melarikan diri..tapi masa hadapan masih perlu kita hadapi..biar yang berlalu terus berlalu...jadikan ia satu kenangan yang kekal di dalam hati kita...

Sejujurnya tiada dendam yang aku simpan...kita sama-sama mengerti apa yang berlaku..kita sama-sama hadapinya..kita sama-sama selesaikannya..Cuma yang aku mohon sekarang..berlaku adil pada mereka yang masih sanggup menunggu..berilah peluang kepada diri sendiri dan mereka yang sanggupmenunggu..Semoga kita tidak terluka lagi..Kita telah menentukan untuk memilih jalan masing-masing...

Tiada lagiyang tinggal dalam hati ini..MENGERTILAH

Wednesday, January 9, 2008

maafkan aku buat sekian kalinya..

Aku menulis lagi..bukan mudah aku melepaskan diri daripada perasaan bersalah ku terhadap Fin..arghhh....makin ku fikirkan makin banyak perkara yang timbul..semuanya berkait antara satu sama lain..aku semakin runsing, darimana harusku mulakan ...setiap tindakan membawa padah..padah yang mungkin menyebabkan Fin akan terus tertekan..

Aku cuma mampu berdoa agar permulaan awal muharam esok akan membantu aku untuk terus membaiki diriku..Dari mana harus aku mulakan untuk membantu Fin..yang lebih menyedihkan lagi Fin berada nun jauh diseberang sana..nak jumpa agar lebih jelas pun tak mudah..

Hanya dari jauh dapatku bantu dirinya..Pada rakan2 yang lain..aku memohon maaf sekiranya masih ada yang terasa hati denganku..jangan malu untuk memohon bantuan aku..walaupun jauh..walaupun susah..walaupun sibuk..akanku luangkan masa untuk kalian..MAafkan aku Fin..kerana terlambat membantu...Bukan niat aku untuk melupakan kalian yang menjadi rakan sepermainanku ketika kecil dulu..memang benar semakin lama aku semakin ramai kenalan..namun memori bersama kalian susah nak kulupakan..kalian mengajar erti memulakan kehidupan..biarpun ade kenangan pahit disebaiknya..

Akukah yang berubah?

Sudah seminggu lebih kita dalam tahun 2008. Dah 2minggu aku terperuk di dalam rumah.Bukan tak ada yang memanggil memerlukan bantuan aku untuk beberapa perkara,tapi malas untuk melangkah keluar dari umah baru ku ini.Lengkap segala-galanya kurasakan.

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah membuka emailku, agak terkejut menerima email dari salah seorang sahabat lamaku..Sudah lama kami tak berhubung antara satu sama lain(seingat aku kali terakhir aku menghantar kadhari jadinya yang ke 17).

Sedih aku membaca ceritanya mengenai episode hidupnya selama ini. Memang semasa kami rapat, kisah hidupnya semua dalam kocekku. Belum sempat baca keseluruhan emailnya aku dah tak sabar untuk mendengar dari mulutnya sendiri,aku menelefon no handsetnya yang disertakan dalam emailnya.

Kami bercerita panjang...Baru ku tahu, rakan2 lamaku semuanya ingin berhubung denganku tapi kerana satu peristiwa dimana aku telah mungkiri janjiku untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorg dari mereka di Sarawak mereka telah merajuk denganku.Kejadian tersebut mmg salahku, tapi mereka perlu tahu tujuan utama aku kesana untuk menghadiri majlis tersebut, tapi disebabkan pak cik ku dimasukkan ke ICU,aku pulang ke semenanjung pada malam ketibaan aku dibumi kenyalang tersebut. Dan aku tak untuk menghubungi mereka untuk memberitahu keberangkatanku pulang pada hari itu juga. Dah 2tahun kejadian tue berlaku. Mungkin salahku juga sebab tak menghubungi mereka selapas itu.. Dan lebih teruk lagi, bila seorang rakanku menelefon aku,kebetulan tgh hatiku tgh "hot" yang amat sangat dan aku termengamuk dalam talian itu...aku ingat lagi waktu tu aku bertanya siapa yang sedang bercakap,tapi beliau menyuruh aku meneka, akhirnya aku fed up dan terus meletakkan panggilan...Aku rasa sungguh bersalah diatas kejadian-kejadian tersebut...

Fin merasakan aku bukan lagi seperti dulu, sehinggakan segan untuk mengadu masalahnya kepadaku...ahhh..kini masalah fin semakin teruk, aku pun tak tahu macammana nak bantu lagi...tapi akanku pastikan fin akan tak terseksa lagi..itu janjiku.

Buat seketika aku terfikir, aku dapat rasakan aku semakin jauh dengan rakan2ku, banyak perkara yang aku tertinggal,aku yang disingkirkan atau aku yang yang menyinggirkan diriku...hubungan yang aku mulakan dan aku bina kekuatan antara satu sama lain, dan kini aku juga yang mengakhirinya?...

AKUKAH YANG BERUBAH?

Tuesday, January 1, 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Alhamdulillah sempena tahun baru nie, semalam keluargaku mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bersempena juga masuk umah baru.. ramai juga yang hadir..pada abg amer, kak zana, azmeer, fakhri, nen-c, juani, yana, suraya(yg bawa pakwe baru), suzana(kontarak basuh pinggan), kak faz n abg faizal, thankz for coming..actually mmg nak wat bbq tuk org komuniti..tp last minute my dad tukar majlis..kebetulan tak wat kenduri masuk umah lagi.. abg bed(you owe me an xplanation)..kepada kengkawan yang lain..sorry tak jempu..bukan tak sudi jemput tapi saya terpaksa had kan jemputan dari kalangan rakan-rakan saya because my parent friend, jiran rumah lama and jiran baru terlalu ramai.. semalam pun lebih kurang 150 orang yang hadir... Insya allah jika berkesempatan there will another section for my frend...

Sempena tahun baru nie banyak impian dan cita-cita yang berlegar-legar di ruang fikiran..Insya allah akan ku tunaikan satu demi satu..Mungkin tak semua akan tercapai tapi yang penting usaha yang akan aku tunjukkan ..

KERJA...maklumla selepas abes belaja ni..dah ramai bertanya langkahku yang seterusnya..tidak ku ketahui lagi..mungkin smbg balaja(hanya UPM dan UKM yang dibenarkan oleh org tua ku)..atau bekerja ..tapi buat masa nie..aku ingin berehat sepuas-puasnya di rumah..walaupun agak bosan..tapi aku cukup puas hati..akhirnya dapat juga hari untuk diri sendiri.

PARENT ..mungkin telah tiba masanya untuk aku menjaga kedua orang tua ku..maklumla selama nie dok umah sewa...jarang pulak balek umah..niat hati kalo nak keje pun nak dok umah nie jer..biarla orang tua tue gembira aku dok bawah ketiak dia lagi.. dan mungkin tiba masanya untuk aku mula serius dalam soal hati..maklumla selama nie aku tak serius mana..sebab aku masih ingat pesan ayahku "Time blaja tak payah la nak bermain-main dengan HATI..tunggu la lepas abes blaja"....dan ayah aku pun dah mula bermukadimah bertanya pilihan aku..wakakakakaaaa...bersabarlah wahai ayah....

TAKRAW..bidang yang baru jer aku ceburi..tetapi minat aku semakin mendalam..akanku cuba bersama-sama dato presiden untuk pembanguanan sukan takraw lebih-lebih lagi untuk wanita... sampai bila susah untuk aku nyatakan..aku semakin selesa dengan sukan yang baru ini..

KAMBING...satu peternakan yang aku ingin lakukan buat permulaan hidup ku.. untuk jangka masa panjang...satu yang tiba-tiba datang di akal fikiran ku..tak pernah aku mimpikan..tapi tiba-tiba ianya muncul memberi ilha...aku masih dalam proses untuk mencari permulaannya..

BELAJAR..ibubapaku ingin aku untuk terus sambung kalau boleh hingga depan aku ade DR..mampukah aku?...akan ku cuba untuk tunaikan..selagi hayat dikandung tanah..walaupun aku kuat melawan org tuaku..tapi aku masih perlu untuk mengembirakan mereka..dah nama anak ..

itula perkara-perkara yang bermain di mindaku buat masa nie..doakan agar aku terus mencuba untuk merealisasikan perkara-perkare tersebut..

SELAMAT TAHUN BARU