Monday, March 31, 2008

PERGINYA SEORANG PAKCIK

Setelah sekian lama menderita dengan penyakit urologynya, pakcik zizi akhirnya kembali ke rahmahtullah pada 27 Mac yang lalu. Kesedihan terlihat diseluruh wajah sanak saudaraku. Penyakit yang dihidapi lebih kurang 3- 4 tahun.

Aku terkilan tidak sempat menjenguknya di saat-saat akhir. Sepanjang minggu lepas aku mengikuti kursus di Bukit jalil, Pagi khamis aku mendapat msg pakcik ku sakit kuat. Aku mendapatkan kebenaran untuk pulang awal. Dalam perjalananku ke sana jam 2.40 petang aku mendapat panggilan pemergian nya.

Bersalahnya aku....tidak menjengguknya lebih awal. Sedih melihat anak-anaknya yang masih kecil. Tidak menengerti erti kematian. Sudahku berjanji agar mereka ini tidak merasai kehilangan ini. Aku sedar Pak usu cukup merasakan tanggungjawab untuk membesarkan mereka terletak di tangan nya. Insya allah akan ku bantu bersama-sama. Agar Afiq, Aqil dan fifi tidak disisihkan. PAda Mak TEh berbanyak kemaafan aku mohon. Kerana tidak bersama-samanya disaat-saat akhir arwah menghembuskan nafasnya.

Perkahwinan kak ayu yang berlangsung pada 28, 29 dan 30 MAc diteruskan juga. Namun tidak semeriah mana. Majlis akad nikah yang sepatutnya dilangsungkan pagi Jumaat ditunda pada petang lepas asar kerana majlis pengebumian arwah dilangsungkan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. AKu sedar Mak lang terkeliru dengan perasaannya. Hendak bergembira di majlis perkahwinan satu-satunya puterinya namun kehilangan adik tersayang pada masa yang sama.

Malam Khamis tue, aku, akak ija, didi, mimi, farah, along dan kak seni sahaja yang membantu kak ayu menyiapkan persiapan terakhir majlisnya. Semoga kak ayu faham situasi mamanya yang kehilangan adiknya.

Apa yang mampu ku lakukan sekarang, hanya lah mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Insya Allah MAk Teh, fifi, Aqil dan Afiq akan ku jaga kerana mereka juga darah daging ku.

Semoga Pakcik tenang bersemadi di sana. AL-Fatihah

Tuesday, March 11, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12


Salam,

aku tahu masih ramai yang terkejut dengan keputusan pilihanraya ke 12yang berlansung 8hb Mac yang lalu. Ini lah suara rakyat.Mungkin marahkan kerajaan Barisan Nasional atau sememangnya pembangkang mampu untuk mengubah negara ke arahyg lebih baik? hanya anda yang tahu mengapa anda memangkah pilihan anda. Undi inilah yang akan menentukan perjalanan sepanjang penggal ini selama 4 tahun.

Aku dan keluarga berbesar hati menerima kunjungan Ahli Parlimen Putrajaya sehari sebelum pilihanraya, dengan kata lain kempen yang terakhir sebelum bertanding oleh Yang berhormat Mulia Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bersama isteri dan ahli-ahli barisan yang lain.
Kebetulan 8 Mac adalah hari ulang tahun adek aku, so kami mengambil kesempatan ini untuk menyambut hari lahir nya yang ke 19 tahun. Hadiah dari kami sekeluarga untuknya adalah sebuah camera Nikon DX80 berserta flash berharga RM 4800.. sian bapak aku.Nak wat camna anak berdua jer.

Gambar-gambar ini diambil menggunakan kamera baru..hehehehe...
Ini pertama kali ayah serta bonda terlibat secara sepenuhnya dalam kempen Barisan Nasional. Nampaknya mereka seronok berkempen. Seharian di pusat mengundi meraih undi untuk Barisan Nasional di Putrajaya. Alhamdulillah Putrajya berjaya mengekalkan Dato'Seri sebagai Wakil Rakyat Parlimen Putrajaya.
Namun aku masih lagi terkejut dengan keputusan besar yang dibuat oleh rakyat. Pertama sekali apabila nama Dato Seri Shahrizat terkeluar sebagai ahli parlimen. Kekalahan kepada puteri sulung Anwar Ibrahim. Ramai rakan-rakan bermesej menyatakan kesedihan mereka, tapi apayang mampu kita buat.Rakyat telah menentukannya. Kemenangan besar DAP, PAS dan PKR membawa satu mesej daripada rakyat.
Bukan setakat itu, kemenangan tipis 15 kerusi juga mengoncangkan Barisan Nasional. Banyak yang perlu diperbaiki. Cuma doa agar anak bangsa kita terus terjaga yang dapat aku hulurkan. Harapanku juga agar kemenangan ini bukan indah kabar dari rupa. Banyak manifesto yang dijanjikan patut di tunaikan.Semoga kerajaan dan pembangkang bersama-sama berfikir untuk memajukan lagi MALAYSIA yang aku sayangi.

Tuesday, March 4, 2008

Kursus Kejurulatihan Sepaktakraw tahap 1 Politeknik Malaysia

Salam,
Lama rasanya tidak menjengah entrii ni..Sudah 3 hari berada di Kangar,Perlis untuk menjalani kursus Kejurulatihan Sepaktakraw Tahap 1.

Sebelum terlambat Selamat Pengantin Baru buat Aminah ABdul Malek serta Suami EnMUstaza(maaf Buat banyak pengantin Lelaki..buat tol banyak sgt)....Pada rakan-rakan yang lain..nanti saya updatekan gamba..

Pagi-pagi buta ahad dah p LCCT, flight kul 7.10 pagi..Seminggu la tinggal kete....