Jumaat lepas,aku menerima undangan berbuka puasa serta majlis perpisahan En Rani di Pejabat NR. Azan berkumandang sejurus aku memasuki pejabat. Tepat-tepat waktu berbuka. Kehadiran Dr Pau memeriahkan lagi keadaan. Tak ku sangka sebenarnya ramai juga ajk NR nie..Maklumlah sepanjang aktiviti yang aku sertai muka yang sama jer aku temui..semoga NR boleh terus berkembang setelah peningalan kami nanti..Nampaknya, aktiviti bercuti terakhir tak dapat aku ikuti. Tuntutan kerja yang menidakkan pemergian aku nanti.
Sepanjang majlis itu aku cuma menjamah apple pai yang dibuat sendiri oleh Fizi sebab aku berjanji ngan rakan lainuntuk berbuka bersama-sama. Lebih kurang pukul 9 malam, aku tiba di tempat pertemuan dengan suzana dan mariam. Setelah lama menunggu akhirnya kami mengambil keputusan untuk bergerak ke BIG PLATE dahulu.
Order punya order sampaila pesanan, aku minta air mangga mariam pula minta apple. Mungkin kerana terlalu lapar kami berdua tidak sedar yang air kami tertukar. tue pun perasan kerana yana nak try air kiteorg.huhuhuhu
Malam sabtu pula aku ke FAMOSA HOUSE di bangi berbuka dengan rakan-rakan sekolah teknik..5 tahun tak berjumpa pelbagai rakan yang aku temui paling tak disangka... wan yang datang berkeluarga.Anak kecik berusia 6 bulan menarik perhatian kami. ramai juga yang hadir..diana, bai, sham, burn,boy,faq, pali,fira,ani,apai(pakwe ani),ann, wan dan isteri (ida) serta anaknya (aqil).lepas berbuka singgah main bowling plak kat alamanda(fira n burn dahgerak balek awal)...tak kisah main bowling smp kul 1 pagi..hijas smp blum permainan bermula(mcm ade games plak)..pastu sempat lagi singgah sahur kat DAPUR MAS sebelah cc yana..lama tak berjumpa smp kul 3 pg berborak..
No comments:
Post a Comment