Monday, March 31, 2008

PERGINYA SEORANG PAKCIK

Setelah sekian lama menderita dengan penyakit urologynya, pakcik zizi akhirnya kembali ke rahmahtullah pada 27 Mac yang lalu. Kesedihan terlihat diseluruh wajah sanak saudaraku. Penyakit yang dihidapi lebih kurang 3- 4 tahun.

Aku terkilan tidak sempat menjenguknya di saat-saat akhir. Sepanjang minggu lepas aku mengikuti kursus di Bukit jalil, Pagi khamis aku mendapat msg pakcik ku sakit kuat. Aku mendapatkan kebenaran untuk pulang awal. Dalam perjalananku ke sana jam 2.40 petang aku mendapat panggilan pemergian nya.

Bersalahnya aku....tidak menjengguknya lebih awal. Sedih melihat anak-anaknya yang masih kecil. Tidak menengerti erti kematian. Sudahku berjanji agar mereka ini tidak merasai kehilangan ini. Aku sedar Pak usu cukup merasakan tanggungjawab untuk membesarkan mereka terletak di tangan nya. Insya allah akan ku bantu bersama-sama. Agar Afiq, Aqil dan fifi tidak disisihkan. PAda Mak TEh berbanyak kemaafan aku mohon. Kerana tidak bersama-samanya disaat-saat akhir arwah menghembuskan nafasnya.

Perkahwinan kak ayu yang berlangsung pada 28, 29 dan 30 MAc diteruskan juga. Namun tidak semeriah mana. Majlis akad nikah yang sepatutnya dilangsungkan pagi Jumaat ditunda pada petang lepas asar kerana majlis pengebumian arwah dilangsungkan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. AKu sedar Mak lang terkeliru dengan perasaannya. Hendak bergembira di majlis perkahwinan satu-satunya puterinya namun kehilangan adik tersayang pada masa yang sama.

Malam Khamis tue, aku, akak ija, didi, mimi, farah, along dan kak seni sahaja yang membantu kak ayu menyiapkan persiapan terakhir majlisnya. Semoga kak ayu faham situasi mamanya yang kehilangan adiknya.

Apa yang mampu ku lakukan sekarang, hanya lah mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Insya Allah MAk Teh, fifi, Aqil dan Afiq akan ku jaga kerana mereka juga darah daging ku.

Semoga Pakcik tenang bersemadi di sana. AL-Fatihah

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Plotter, I hope you enjoy. The address is http://plotter-brasil.blogspot.com. A hug.