Tuesday, March 11, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12


Salam,

aku tahu masih ramai yang terkejut dengan keputusan pilihanraya ke 12yang berlansung 8hb Mac yang lalu. Ini lah suara rakyat.Mungkin marahkan kerajaan Barisan Nasional atau sememangnya pembangkang mampu untuk mengubah negara ke arahyg lebih baik? hanya anda yang tahu mengapa anda memangkah pilihan anda. Undi inilah yang akan menentukan perjalanan sepanjang penggal ini selama 4 tahun.

Aku dan keluarga berbesar hati menerima kunjungan Ahli Parlimen Putrajaya sehari sebelum pilihanraya, dengan kata lain kempen yang terakhir sebelum bertanding oleh Yang berhormat Mulia Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bersama isteri dan ahli-ahli barisan yang lain.
Kebetulan 8 Mac adalah hari ulang tahun adek aku, so kami mengambil kesempatan ini untuk menyambut hari lahir nya yang ke 19 tahun. Hadiah dari kami sekeluarga untuknya adalah sebuah camera Nikon DX80 berserta flash berharga RM 4800.. sian bapak aku.Nak wat camna anak berdua jer.

Gambar-gambar ini diambil menggunakan kamera baru..hehehehe...
Ini pertama kali ayah serta bonda terlibat secara sepenuhnya dalam kempen Barisan Nasional. Nampaknya mereka seronok berkempen. Seharian di pusat mengundi meraih undi untuk Barisan Nasional di Putrajaya. Alhamdulillah Putrajya berjaya mengekalkan Dato'Seri sebagai Wakil Rakyat Parlimen Putrajaya.
Namun aku masih lagi terkejut dengan keputusan besar yang dibuat oleh rakyat. Pertama sekali apabila nama Dato Seri Shahrizat terkeluar sebagai ahli parlimen. Kekalahan kepada puteri sulung Anwar Ibrahim. Ramai rakan-rakan bermesej menyatakan kesedihan mereka, tapi apayang mampu kita buat.Rakyat telah menentukannya. Kemenangan besar DAP, PAS dan PKR membawa satu mesej daripada rakyat.
Bukan setakat itu, kemenangan tipis 15 kerusi juga mengoncangkan Barisan Nasional. Banyak yang perlu diperbaiki. Cuma doa agar anak bangsa kita terus terjaga yang dapat aku hulurkan. Harapanku juga agar kemenangan ini bukan indah kabar dari rupa. Banyak manifesto yang dijanjikan patut di tunaikan.Semoga kerajaan dan pembangkang bersama-sama berfikir untuk memajukan lagi MALAYSIA yang aku sayangi.

1 comment:

Amier said...

wah meriahnya majlis