UiTM Dihatiku
Wujudmu disini, ditanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia, agar jadi sempurna,
Ku yang melangkah kesini, ingin mempelajari,
Rahsia dimuka bumi dengan cara hakiki
Tunjukan aku jalan ilmu mu, untuk ke menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku,
Majulah bangsa, maju negara
Berkat usaha jaya MARA,
Kami berikrar akan berjasa hingga kita berjaya
Demi Bangsa,Watikah yang ku miliki kan kusemat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Kesempurnakan seikhlas hati, membela negara
Doa restu ayah bondaku, untuk mu semua
UiTM Usaha, Taqwa Mulia.
Aku tercabar dengan kenyataan Menteri Besar. Mari sama-sama kita lihat apakah objektif utama penubuhan UiTM sejak mula. Aku pasti 4 perkara dibawah mampu menunjukkan hak-hak orang melayu diatas UiTM.
1. UiTM merupakan HAK MUTLAK BUMIPUTERA, selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan HAK-HAK & KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
2. Objektif penubuhan UiTM yang bermula dengan Dewan Latihan RIDA bertujuan untuk MEMBANGUNKAN EKONOMI ORANG MELAYU dan berdasarkan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk MENGHAPUSKAN KEMISKINAN dan MENSTRUKTUR SEMULA masyarakat. Pecahan ekonomi yang tidak seimbang telah membawa kepada ketidakseimbangan perhubungan antara kaum. Justeru, salah satu ruang untuk orang melayu MEMAJUKAN DIRI ialah melalui pendidikan di UiTM.
3. UiTM mampu mengimbangi bilangan pelajar antara kaum di IPTA & IPTS. Lanjutan daripada itu, UiTM juga berfungsi sebagai KILANG untuk menghasilkan PROFESSIONAL BUMIPUTERA dalam pelbagai bidang.
4. UiTM kini telah menjadi mercu tanda kejayaan bumiputera dengan pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Menerima masuk bukan bumiputera untuk meningkatkan kualiti pelajar adalah penghinaan. Adakah selama ini produk UiTM tidak berkualiti. Graduan UiTM mampu bersaing di peringkat global.
Telah jelas menunjukkan penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera. Terdapat 22 Universiti di Malaysia dah perbagai IPTS kenapa UiTM yang dipetaruhkan. Bukan mudah memulakan UiTM. Kepimpinan yang terdahulu sedar serta komited untuk membantu anak-anak bumiputra dalam membentuk generasi yang progresif.
Perhimpunan yang berlangsung baru-baru ini menunjukkan bahawa jiwa raga penuntut UiTM mula memberontak.
Kalau seramai ini penuntut UiTM mampu turun bersama-sama mempertahankan UiTM mengapa tidak Alumnoi-alumni UiTM yang lain turut sama-sama mengeluarkan perasaan bagai mana institusi yang membimbing mereka selama ini diperkotak katikkan. Sama-sama kita renungkan dan kita rasakan peritnya bila diri diperkotak katik kan.