Tuesday, August 19, 2008

RAKAN MUDA WAWASAN DESA PARLIMEN PUTRAJAYA

Tarikh : 15 hb - 18hb Ogos 2008
Tempat : Kompleks Sukan Kampung Pandan

Bermula jumaat lepas berlangsungnya PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA PARLIMEN PUTRAJAYA. Seramai 70orang penuntut-penuntut semester 1dan 2 UniKL (British Malaysia Institut) telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya dibawah menyelarasan Puan Yusniza MOhd Yusof. Antara Aktiviti yang dilakukan:-

Smart Outdoor Solution
Dibawah jagaan Kem Komander Emran Mohd Shah ataulebih dikenali dengan nama Pak Tam program ini diselitkan dengan program-program motivasi dan kepimpinan. Jurulatih yang terlibat adalah En Hamdan (ayahanda), En Adzhar (Staff Ad), En Hafezul Anwar (Staff Fizul) dan Miss Chin (Staff Chin). Nampaknya para peserta gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijanlankan. Tahniah buat penerima-penerima anugerah kecemerlangan.


Komuniti Bestari Presint 9, Putrajaya
Dengan kerjasama dari En Abdul Razak, pengerusi Komuniti Presint 9, putrajaya. Aktivi gotong-royong berjaya dilakukan.Pertamnya mengecat tadika dan membersihkan surau Al-Falah. Dan yang lebih menarik lagi para peserta melakukan sukaneka bersama masyarakat disana. Dan ada yang dah dapat mak angkat.


Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MDF)
Ini adalh pertama kalinya program bersama rakan-rakan baru dari MDF ini diadakan. Hampir kesemua peserta berjaya menguasai serba sedikit bahasa Isyarat yang menjadi penyambung komunikasi mereka dan masyarakat luar.

No comments: