Thursday, August 14, 2008

Perhimpunan UiTM Dihatiku

UiTM Dihatiku


Wujudmu disini, ditanah anak merdeka

Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya

Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara

Pembentuk akhlak manusia, agar jadi sempurna,

Ku yang melangkah kesini, ingin mempelajari,

Rahsia dimuka bumi dengan cara hakiki

Tunjukan aku jalan ilmu mu, untuk ke menuju

Destinasi cita-cita negara dan bangsaku,

Majulah bangsa, maju negara

Berkat usaha jaya MARA,

Kami berikrar akan berjasa hingga kita berjaya

Demi Bangsa,Watikah yang ku miliki kan kusemat dihati

Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti

Kesempurnakan seikhlas hati, membela negara

Doa restu ayah bondaku, untuk mu semua

UiTM Usaha, Taqwa Mulia.


Aku tercabar dengan kenyataan Menteri Besar. Mari sama-sama kita lihat apakah objektif utama penubuhan UiTM sejak mula. Aku pasti 4 perkara dibawah mampu menunjukkan hak-hak orang melayu diatas UiTM.


1. UiTM merupakan HAK MUTLAK BUMIPUTERA, selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan HAK-HAK & KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

2. Objektif penubuhan UiTM yang bermula dengan Dewan Latihan RIDA bertujuan untuk MEMBANGUNKAN EKONOMI ORANG MELAYU dan berdasarkan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk MENGHAPUSKAN KEMISKINAN dan MENSTRUKTUR SEMULA masyarakat. Pecahan ekonomi yang tidak seimbang telah membawa kepada ketidakseimbangan perhubungan antara kaum. Justeru, salah satu ruang untuk orang melayu MEMAJUKAN DIRI ialah melalui pendidikan di UiTM.

3. UiTM mampu mengimbangi bilangan pelajar antara kaum di IPTA & IPTS. Lanjutan daripada itu, UiTM juga berfungsi sebagai KILANG untuk menghasilkan PROFESSIONAL BUMIPUTERA dalam pelbagai bidang.

4. UiTM kini telah menjadi mercu tanda kejayaan bumiputera dengan pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Menerima masuk bukan bumiputera untuk meningkatkan kualiti pelajar adalah penghinaan. Adakah selama ini produk UiTM tidak berkualiti. Graduan UiTM mampu bersaing di peringkat global.


Telah jelas menunjukkan penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera. Terdapat 22 Universiti di Malaysia dah perbagai IPTS kenapa UiTM yang dipetaruhkan. Bukan mudah memulakan UiTM. Kepimpinan yang terdahulu sedar serta komited untuk membantu anak-anak bumiputra dalam membentuk generasi yang progresif.


Perhimpunan yang berlangsung baru-baru ini menunjukkan bahawa jiwa raga penuntut UiTM mula memberontak.

Kalau seramai ini penuntut UiTM mampu turun bersama-sama mempertahankan UiTM mengapa tidak Alumnoi-alumni UiTM yang lain turut sama-sama mengeluarkan perasaan bagai mana institusi yang membimbing mereka selama ini diperkotak katikkan. Sama-sama kita renungkan dan kita rasakan peritnya bila diri diperkotak katik kan.

2 comments:

Anonymous said...

thats amazing story.

Anonymous said...

Ada permintaan agar kes demo pelajar UiTM tidak dipanjangkan kerana kesnya sudah ditutup. Tetapi masih ada sudut perlu diperkatakan kerana kes ini melibatkan maruah bangsa melayu dan umat Islam di negara kita. Apakah justifikasi kepada demo tersebut? dan apa untungnya berdemo?kalau demo di pejabat majlis peguam berhasil menghentikan forum masuk Islam, apakah untung budak-budak yang diharapkan akan meneraju negara satu hari nanti berdemo?Cuba kita tanya mereka yang terlibat dengan demo di mana untungnya berdemo semata mata kerana cadangan MB Selangor ini?

Kalau dikatakan sebagai mempertahankan hak melayu,kenapa tidak berdemo pasal pinjaman PTPN yang membebankan pelajar atau kenapa tidak dianjurkan demo untuk membantah kehilangan hak orang melayu di WPI atau kes kg Berembang dan Rimba Raya.Banyak isu yang boleh dibawa berdemo tetapi kenapa pelajar melayu memilih cadangan MB Selangor sebagai isu untuk berdemo?

Alangkah ruginya bangsa melayu kalau tradisi berdemo ini tidak diuruskan dengan betul.Kalau demo pasal kehilangan hak di WPI atau Kg Berembang atau Rimba Raya mungkin dikatakan bukan budaya kita ,tetapi berdemo kerana cadangan MB Selangor adalah budaya kita. Lebih malang kalau ianya dijadikan budaya pelajar melayu kita.

Inilah gambaran kualiti yang bakal dimiliki negara di masa depan.Bagaimana boleh kita harapkan mereka untuk menjadi peneraju bangsa? hari ini berbagai ketakutan kehilangan hak dan kuasa kedengaran di sana sini tetapi dengan kualiti pelajar yang bakal bergelar cerdik pandai melayu ini,mungkin satu hari melayu benar benar kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri.

Cerdik pandai Melayu begini enggan menerima cabaran,masih leka dengan kesenangan dan mempunyai daya pemikiran yang lemah. Cerdik pandai melayu berkualiti begini hanya pandai mengadu domba,mencipta fitnah dan suka menyalahkan orang lain, cerdik pandai begini tidak global dan duduk di bawah tempurung.Persoalannya apakah kita hanya mahu melahirkan generasi cerdik pandai yang bertaraf rendah?