Saturday, June 14, 2008

JUN 2008

JUN 2008


1hb-9hb - SUKMA 12 di TERENGGANU


15hb - 19hb Sparing di Padang,Indonesia


21hb - Register Master di UiTM Shah Alam


23hb -28hb Kursus Kejurulatihan Sepaktakraw Tahap 1 di Pulau Pinang


23hb - 28 hb - Kursus Sains Sukan Tahap 2 (Pilot) di ISN Bukit Jalil


25hb - 2hb Julai 2008 - re-selection elit and woman team





Kerja dah bertimbun..tapi gaji bile nak dapat nie...masuk nie dah 5bulan..wawawawaaw





Seperti yang dijanjikan saya masukkan gambar -gamba konvo arie tue..soey iye rerakan ku sbb lambat..








Bersama 'adik PANJANG' Kengkawan jgn marah..saya dtg konvo





Bersama ayah serta bonda..terkilan juga adek aku tak dapat hadir..maklumla cr duit nak buat belanja hahahah







bersama rakan-rakan..terima kasih pada semua yang sudi hadir memeriahkan plus menyesakkan keadaan di menara..bapak sesak giler...tak tahan kepanasan plus kepenatan

Wednesday, June 11, 2008

KONVO , WEEDING and SUKMA

Salam,


KONVO

Lama tidak menjenguk entri nie..kepada semua rakan-rakanuitm yang konvo baru-baru nie..tahniah..maafla tak sempat nak upload gamba...ade dlm laptop adek..tak sempat nak amek..


WEEDING

tahniah buat sahabatku Wan Farahiyah yang telah selamat mendapat gelaran PUAN...hehehe.
Walaupun pelbagai rintangan yangku hadapi.. akhirnya smp juga di rumahnya..Maaf la puan xdpt singgah lama 'Dato' segan...pengantin pompuan asyikmengintai die..hahahahha


SUKMA

setelah seminggu di Terengganu akhirnya aku kembali di tempat kelahiranku.. SUKMA kali ini menunjjukkan peningkatan yang positif lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain-pemain sepaktakraw wanita yang mampu membuat seisi dewan tergamam

Tuesday, May 20, 2008

MAY 2008

Bulan May hampir tiba di penghujungnya.. agak penat menjalani kehidupan bulan ini.
Bermula awal bulan lg pelbagai aktiviti yang aku perlulakukan..

5hb-10hb Kursus di Kejurulatihan Sepaktakraw Kelantan.
11hb Bersama-sama rakan-rakan debat menyambut hari lahir KAY (awak dah besar tau)
dan Nency(tanpa dirinya bersama) di Sg Gabai.
14hb Jam 8.30 mlm bertolak ke Terenggau
15hb Ke Kuala Terengganu selesaikan hal Sepaktakraw
16hb -18hb Pertandingan Debat DYMM Sultan Zainal Abidin

ini la kehidupan yg perlu diteruskan..hujung bulan SUKMA..

Tidak terlalu awal untuk mengucapkan tahniah buat rakan-rakan yang akan KONVO bulan nie..dan buat CIK WAN FARAHIYAH BTE WAN YUSOFF serta pasangan..SELAMAT PENGANTIN BARU..

Monday, March 31, 2008

PERGINYA SEORANG PAKCIK

Setelah sekian lama menderita dengan penyakit urologynya, pakcik zizi akhirnya kembali ke rahmahtullah pada 27 Mac yang lalu. Kesedihan terlihat diseluruh wajah sanak saudaraku. Penyakit yang dihidapi lebih kurang 3- 4 tahun.

Aku terkilan tidak sempat menjenguknya di saat-saat akhir. Sepanjang minggu lepas aku mengikuti kursus di Bukit jalil, Pagi khamis aku mendapat msg pakcik ku sakit kuat. Aku mendapatkan kebenaran untuk pulang awal. Dalam perjalananku ke sana jam 2.40 petang aku mendapat panggilan pemergian nya.

Bersalahnya aku....tidak menjengguknya lebih awal. Sedih melihat anak-anaknya yang masih kecil. Tidak menengerti erti kematian. Sudahku berjanji agar mereka ini tidak merasai kehilangan ini. Aku sedar Pak usu cukup merasakan tanggungjawab untuk membesarkan mereka terletak di tangan nya. Insya allah akan ku bantu bersama-sama. Agar Afiq, Aqil dan fifi tidak disisihkan. PAda Mak TEh berbanyak kemaafan aku mohon. Kerana tidak bersama-samanya disaat-saat akhir arwah menghembuskan nafasnya.

Perkahwinan kak ayu yang berlangsung pada 28, 29 dan 30 MAc diteruskan juga. Namun tidak semeriah mana. Majlis akad nikah yang sepatutnya dilangsungkan pagi Jumaat ditunda pada petang lepas asar kerana majlis pengebumian arwah dilangsungkan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. AKu sedar Mak lang terkeliru dengan perasaannya. Hendak bergembira di majlis perkahwinan satu-satunya puterinya namun kehilangan adik tersayang pada masa yang sama.

Malam Khamis tue, aku, akak ija, didi, mimi, farah, along dan kak seni sahaja yang membantu kak ayu menyiapkan persiapan terakhir majlisnya. Semoga kak ayu faham situasi mamanya yang kehilangan adiknya.

Apa yang mampu ku lakukan sekarang, hanya lah mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Insya Allah MAk Teh, fifi, Aqil dan Afiq akan ku jaga kerana mereka juga darah daging ku.

Semoga Pakcik tenang bersemadi di sana. AL-Fatihah

Tuesday, March 11, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12


Salam,

aku tahu masih ramai yang terkejut dengan keputusan pilihanraya ke 12yang berlansung 8hb Mac yang lalu. Ini lah suara rakyat.Mungkin marahkan kerajaan Barisan Nasional atau sememangnya pembangkang mampu untuk mengubah negara ke arahyg lebih baik? hanya anda yang tahu mengapa anda memangkah pilihan anda. Undi inilah yang akan menentukan perjalanan sepanjang penggal ini selama 4 tahun.

Aku dan keluarga berbesar hati menerima kunjungan Ahli Parlimen Putrajaya sehari sebelum pilihanraya, dengan kata lain kempen yang terakhir sebelum bertanding oleh Yang berhormat Mulia Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bersama isteri dan ahli-ahli barisan yang lain.
Kebetulan 8 Mac adalah hari ulang tahun adek aku, so kami mengambil kesempatan ini untuk menyambut hari lahir nya yang ke 19 tahun. Hadiah dari kami sekeluarga untuknya adalah sebuah camera Nikon DX80 berserta flash berharga RM 4800.. sian bapak aku.Nak wat camna anak berdua jer.

Gambar-gambar ini diambil menggunakan kamera baru..hehehehe...
Ini pertama kali ayah serta bonda terlibat secara sepenuhnya dalam kempen Barisan Nasional. Nampaknya mereka seronok berkempen. Seharian di pusat mengundi meraih undi untuk Barisan Nasional di Putrajaya. Alhamdulillah Putrajya berjaya mengekalkan Dato'Seri sebagai Wakil Rakyat Parlimen Putrajaya.
Namun aku masih lagi terkejut dengan keputusan besar yang dibuat oleh rakyat. Pertama sekali apabila nama Dato Seri Shahrizat terkeluar sebagai ahli parlimen. Kekalahan kepada puteri sulung Anwar Ibrahim. Ramai rakan-rakan bermesej menyatakan kesedihan mereka, tapi apayang mampu kita buat.Rakyat telah menentukannya. Kemenangan besar DAP, PAS dan PKR membawa satu mesej daripada rakyat.
Bukan setakat itu, kemenangan tipis 15 kerusi juga mengoncangkan Barisan Nasional. Banyak yang perlu diperbaiki. Cuma doa agar anak bangsa kita terus terjaga yang dapat aku hulurkan. Harapanku juga agar kemenangan ini bukan indah kabar dari rupa. Banyak manifesto yang dijanjikan patut di tunaikan.Semoga kerajaan dan pembangkang bersama-sama berfikir untuk memajukan lagi MALAYSIA yang aku sayangi.

Tuesday, March 4, 2008

Kursus Kejurulatihan Sepaktakraw tahap 1 Politeknik Malaysia

Salam,
Lama rasanya tidak menjengah entrii ni..Sudah 3 hari berada di Kangar,Perlis untuk menjalani kursus Kejurulatihan Sepaktakraw Tahap 1.

Sebelum terlambat Selamat Pengantin Baru buat Aminah ABdul Malek serta Suami EnMUstaza(maaf Buat banyak pengantin Lelaki..buat tol banyak sgt)....Pada rakan-rakan yang lain..nanti saya updatekan gamba..

Pagi-pagi buta ahad dah p LCCT, flight kul 7.10 pagi..Seminggu la tinggal kete....

Thursday, February 28, 2008

WRB 2784

Tanggal 27 Feb 2008, pukul 6.30 Petang aku telah mengeluarkan sebuah kereta baru...hehehhee...Tapi tak sempat ambil kat kedai,nasib baik ayah balik awal so die yang menjemput kereta baru tu.Pukul 10 malam baru aku sempat menatap kereta baru ku..

Terima kasih kat ayah.Sebab menghadiahkan no plat kereta 2784(02-07-1984) yang berharga rm350..Thank you daddy..and thank for advance paying my car loan for 3 -6 month..

nampaknya aku kene outstation lagi minggu depan..Seminggu la tinggalkan KL..dan seminggula tinggalkan kereta baru

KURSUS KEJURULATIHAN SEPAKTAKRAW TAHAP 1

Tarikh : 1-6 Mac 2008
Tempat : Hotel Putra Palace, Kangar
Anjuran :Politeknik Malaysia-PSM-IS