Wednesday, July 18, 2007

Masih ada peluang lagi..






Kehangatan Kejohanan Sepaktakraw 22nd King's Cup Championship yang berlangsung di Bangkok,Thailand melihat kejayaan pasukan elit lelaki Malaysia yang layak ke pertandingan akhir untuk kategori berpasukan masih terbayang-bayang di mata.Hasrat untuk mengemggam kembali Emas setelah kali terakhir kita berjaya pada tahun 1988 musnah apabila pengalaman pasukan senior Thailand membantu dalam kejohanan ini. Sungguhpun begitu, gandingan yang baru 2 bulan di bentuk menunjukkan kekuatan semangat yang kental dan mampu untuk dibanggakan.

Walaupun pasukan Double kite terkandas di separuh akhir setelah di tundukkan oleh Korea, kita tetap berbangga dengan dengan pencapaian dua anak muda Muhammad Saufi Salleh dan Amirul Azhar Rosli ini. Hasil Didik jurulatih En Haris, En Zaidi dan En Sahar ini telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan setelah kejayaan mendapat perak di kejohanan Ist East South Asia Championship yang berlangsung di Bengkalis, Indonesia. Kekalahan gandingan ini di Bangkok mungkin berpunca dari pengalaman yang kurang. Semua itu akan diperbaiki untuk persiapan Sukan Sea di Korat, Thailand hujung tahun ini.Peluang ini perlu di hargai untuk meletakkan kembali nama Malaysia sepertimana dahulu kala.

Kemeriahan ini terus hangat dengan berlangsungnya pula GrandPrix (GP) antarabangas yang sedang berlangsung di Malaysia.Untuk sikit pertama yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor bermula 9 julai hingga 13 julai yng lalu, sekali lagi pasukan Trio Malaysia A layak ke pusingan akhir menetang Thailand. Thailand masih lagi tidak mahu melepaskan gelaran juara kepada Malaysia.

Malam tadi berlansungnya jamuan alu-aluan untuk GP sirkit dua di Kuala Lumpur. Jamuan ini dihadiri oleh semua pegawai, jurulatih dan atlet 10 buah negara yang mengambil bahagian.Kemuncak jamuan ini dihiasi dengan presembahan dari penyanyi rock Malaysia iaitu Awie. Ternyata populariti Awie bukan setakat di Malaysia namun bersinar hingga ke Korea.




No comments: