Wednesday, July 18, 2007

Skuad Wanita Kebangsaan



Hari ini genap seminggu Skuad Wanita Kebangsaan wujud secara rasminya.Kehadiran pemain yang masih muda menunjukkan peluang malaysia untuk mengondoli acara ini semakin terbuka luas. Walaupun baru 16 orangyang mendafatarkan diri, ini tidak melunturkan semangat jurulatih en Osman Che Meh untuk membentuk satu pasukan yang mantap dalam tempoh dua tahun ini.




Setelah selesainya Sukan Wanita bulan Jun lalu, seramai 32 orang calon telah di pilih. Seminggu selepas itu, calon-calon ini telah dilatih di Pulau Pinang selama seminggu. Untuk menilai keupayaan sebenar mereka telah dibawa untuk mengambil bahagian di Kejohanan Ist south East Asia Championship di Bengkalis, Indonesia dan 22nd King's Cup Championship di Bangkok, Thailand.




Kejayaan di Bengkalis dan bangkok ini bukanlah ukuran sebenar. Cabaran yang lebih besar akan muncul di Sukan Sea Korat nanti.latihan yang mencukupi di perlukan untuk meletakkan Malaysia setanding dengan Myanmar , Thailand dan Indonesia.
Perjalanan ini baru bermula, sesuatu perlu dilakukan untuk merealisasikan segala kemungkinan yang ada.







2 comments:

Anonymous said...

kembali kita kepada zaman kegemilangan Islam..Wanita itu lembut,cantik,sopan..Bukan begini caranya untuk memartabatkan kembali maruah wanita Islam...apa ada pada nama kalau maruah wanita itu diletakkan ketepi...wahai kaum2 wanita sekalian..jaga dirimu,hiasi peribadimu..kaum lelaki ini makin tandus mencari wanita solehah, lembut budinya...

Anonymous said...

perhiasan diri bukan dinilai melalui kejauhan.. tetapi ketetapan hati.mungkin benar lelaki kini semakain sukar mencari wanita yang lemah lembut.tapi masih ramai yang soleh. namun wanita kini semakin sukar mencari lelaki yang soleh. yang datang mendekati hanyalah bayangan lelaki yang gagah atau lelaki yang menjadi wanita. perlukah meminta jika tidak dapat memberi???