Tuesday, July 31, 2007

TEWAS LAGI

Kejohanan GP Antarabangsa masih lagi berlangsung.Selepas di Kuala Lumpur, GP berangkat ke Pulau Pinang pula. Kejayaan trio pilihan kedua negara Muhammad Syazwan Husin (tekong), Mohd Hamikhairi Roslan(Apit kanan) , Muhammad Syafiq Abdul Rahman (apit kiri ), Mohd Fatihy Hafizi rosli dan Mohd Syukri jamal sebagai simpanan telah memecahkan tradisi meletakkan malaysia sebagai johan. Kekuatan dalaman yang dimiliki oleh mereka perlu dijadikan contoh.Ketinggalan di set pertama tidak melemahkan semangat pasangan ini. Mereka meneruskan perjuangan dengan menarik trio thailand ke pusingan tie-break.

Namun kejayaan Malaysia ini membuatkan Thailand mempergigihkan usaha mereka. GP yang berlangsung di Penang telah melihatkan keupayaan Thailand untuk mengambil kembali pingat emas meraka. Kemenangan staright set keatas trio ke3 malaysia meletakkan Thailand terus di atas.

Sungguhpun begitu malaysia terus berjuang untuk meletakkan kedudukan yang tinggi bagi mencabar musuh tradisi. GP di Perak menyaksikan pertandingan antara beregu diadakan.Seramai 10 pasukan mengambil bahagian termasuk Canada. Keempat-empat pasukan malaysia berjaya masuk ke suku akhir dan menyaksikan perlawanan adik-beradik berlansung..Suku akhir pertama diantara Malaysia A menentang Malaysia C dimana kemenangan kepada Malaysia C , mankala Malysia B tewas straigh set ke atas Malaysia D. Thailand terpaksa tertungkus lumus menewaskan Myanmar dengan 21-19, 18-21, 15-13 sebelum berjaya ke peringkat separuh akhir. Korea dengan mudah mengalahkan jepun diperingkat suku akhir.Sekali lagi, diperingkat akhir menyaksikan perlawanan adik-beradik diantara Malaysia D dan Malaysia C. Malaysia C diletakan antara pilihan telah menumpaskan Malaysia D. Sementara Thailand menumpaskan Korea.

Peringakat akhir melihkan perlawanan sengit diantara Malaysia C dan Thailand. Thailand akhirnya sekali lagi berpuas hati mengalahkan Malaysia dengan 21-18, 18-21 , 15-13. Pasangan muda Muhammad saufi Salleh dan Amirul Azhar Rosli terpaksa berpuas hati di tempat yang kedua. Perlawanan sepanjang GP perak akan disiarkan di RTM 1 pada jam 11.30 malam pada 23 dan 26 Ogos 2007.

GP Antarabangsa ini diteruskan pula di Kuantan,Pahang. Di Pahang,acara beregu akan diadakan untuk kelab-kelab Domestik.GP Antarabangsa ini akan berehat sebantar dari 5 Ogos 2007 hingga 18 Ogos 2007 sebelum berlangsungnya Acara pantai. Sepaktakraw pantai akan diadakan di Kuantan ,Pahang bermula 19 Ogos 2007.

4 comments:

Anonymous said...

Malaysia memang berada dalam ranking tewas sekarang ni...semua org dah tak hairan lagi...ki..ki..ki..

Anonymous said...

itu lah kata - kata orangyang hanya jaguh kampung..memekik dari luar gelanggang seolah-olah die raja libas, raja tekong..bila suruh kedalam gelanggang ..hanya terpacak seperti patung

Anonymous said...

lentur buluh bukan bersifat rebung,
kita mencari umpan si agung,
manakan si tupai memilih benih si jagung
tak masuk gelangang bukan bermakna jaguh kampung

Nen-C said...

wey....bz nyer ko skrang...biler nak lepak sesamer...? ehh ko pengurus pasukan ker..?