Wednesday, January 9, 2008

Akukah yang berubah?

Sudah seminggu lebih kita dalam tahun 2008. Dah 2minggu aku terperuk di dalam rumah.Bukan tak ada yang memanggil memerlukan bantuan aku untuk beberapa perkara,tapi malas untuk melangkah keluar dari umah baru ku ini.Lengkap segala-galanya kurasakan.

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah membuka emailku, agak terkejut menerima email dari salah seorang sahabat lamaku..Sudah lama kami tak berhubung antara satu sama lain(seingat aku kali terakhir aku menghantar kadhari jadinya yang ke 17).

Sedih aku membaca ceritanya mengenai episode hidupnya selama ini. Memang semasa kami rapat, kisah hidupnya semua dalam kocekku. Belum sempat baca keseluruhan emailnya aku dah tak sabar untuk mendengar dari mulutnya sendiri,aku menelefon no handsetnya yang disertakan dalam emailnya.

Kami bercerita panjang...Baru ku tahu, rakan2 lamaku semuanya ingin berhubung denganku tapi kerana satu peristiwa dimana aku telah mungkiri janjiku untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorg dari mereka di Sarawak mereka telah merajuk denganku.Kejadian tersebut mmg salahku, tapi mereka perlu tahu tujuan utama aku kesana untuk menghadiri majlis tersebut, tapi disebabkan pak cik ku dimasukkan ke ICU,aku pulang ke semenanjung pada malam ketibaan aku dibumi kenyalang tersebut. Dan aku tak untuk menghubungi mereka untuk memberitahu keberangkatanku pulang pada hari itu juga. Dah 2tahun kejadian tue berlaku. Mungkin salahku juga sebab tak menghubungi mereka selapas itu.. Dan lebih teruk lagi, bila seorang rakanku menelefon aku,kebetulan tgh hatiku tgh "hot" yang amat sangat dan aku termengamuk dalam talian itu...aku ingat lagi waktu tu aku bertanya siapa yang sedang bercakap,tapi beliau menyuruh aku meneka, akhirnya aku fed up dan terus meletakkan panggilan...Aku rasa sungguh bersalah diatas kejadian-kejadian tersebut...

Fin merasakan aku bukan lagi seperti dulu, sehinggakan segan untuk mengadu masalahnya kepadaku...ahhh..kini masalah fin semakin teruk, aku pun tak tahu macammana nak bantu lagi...tapi akanku pastikan fin akan tak terseksa lagi..itu janjiku.

Buat seketika aku terfikir, aku dapat rasakan aku semakin jauh dengan rakan2ku, banyak perkara yang aku tertinggal,aku yang disingkirkan atau aku yang yang menyinggirkan diriku...hubungan yang aku mulakan dan aku bina kekuatan antara satu sama lain, dan kini aku juga yang mengakhirinya?...

AKUKAH YANG BERUBAH?

No comments: