Tuesday, December 25, 2007

JOHOR BAHRU

salam...
lama kiranya tak ku berbahasa di entri ini... sejak tamat sebagai pelajar UiTM tak banyak yang aku lalui..hari-hari ku semakin membosankan.Mungkin kerana terlalu biasa sibuk disepanjang minggu..Elok juga untuk berehat dalam sebulan dua ini sebelum menjejakkan kaki ke dunia baru.

tahun nie aidiladha sedikit berbeza..
1st-tahun nie berkumpul dirumah angah sbb sg penchala masih dalam renovation
2nd-bawa kidin balek umah angah..sume heran budak kecik tak cukup setahun tue tak nangis-nangis pun
3rd-raya kedua pegi bercuti ke johor..setelah berapa tahun tak keluar beraya luar dr kl

ingin ku berkongsi gambar2 percutian di johor..tapi tak pasti ape yg berlaku pada bluetooth aku tak berfungsi..lain kali k

Monday, December 24, 2007

PECINTA KUCENG

nie msg yg aku dpt dr salah seorg tmn lama.,...sekadar ingin berkongsi dengan yang lain.

salam,elo2,moshi2...anda pencinta-pencinta binatang...?anda cinta kucing?anda syg kucing?anda inginkan mencurahkan kasih sygsepenuh jiwa raga kepada kucing?anda ikhlas untuk menjaga kucing2 tanpasbrg habuan?sekiranya anda tergolong di dalam ciri2di atas, dan berminat untuk menjadisukarelawan pameran kucing di midvalley8.1.2008 dan hari2 seterusnyerrr...silahubungi yla...cintailah kucing dgn sepenuh jiwa n ragaanda..."cuber anda tenung mata kucing itu dgnpenuh kasih syg"...kucing haiwan yg sgt2istimewa dan ciptaanNYA yg begitu INDAH...pencinta kucing

-rahyla-wink2 (",)

Monday, November 19, 2007

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR DAN DEBAT PIALA DIRAJA 2007

Setelah sekian lama tidak melibtakan diri dengan debat universiti, girang rasa dihati mendengar pengkhabaran debat vc dan royal akan dilangsung kan di UiTM shah alam.

Jumaat lalu(16/11/2007) Debat piala nain canselor UiTM 2007 bermula, kehadiran para alumni yang lain membakar semangat para pendebat junior.kehadiran abg bed, abg amir dan isteri(kak zana), abg wari, abg hafizan, buses,kak sumi,kak pat, kak diana, pnmashita dan nency sememangnya membuat adek2 lain teruja(sambilkuat melaha)..

Namun vckali ini menunjukkan meningkatan junior yang agak baik..tahniah buat abg bad yang memberi tunjuk ajar kepada mereka.dan tahniah juga para pendebat yang menggunakan semua tunjuk ajar. Taklupa tahniah buat pasukan shah alam D (azeemir,fakri dah esam) yang layak hingga ke separuhakhir. kepada shah alam A( yasmin,sheri dan ziadi) naib johan vc cup 2007. Dan buat johan vc cup 2007 adik2junior yang menunjukkan potensi yang cemerlang dari shah alam B(sabree, farhana dan farhan)..tahniah buat semua cawangan yang bersama-sama menjayakan vc cup.

kitaberjumpasemula di debat piala diraja 2007

Sunday, October 28, 2007

SALAM LEBARAN

tidak terlambat rasanyauntuk mengucapkan salam lebaran buat semua rakan taulan serta yang mengenali diri ini. Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki ke atas semua salah silap yang di lakukan. Halalkan makan minum selama ini.

Syawal kali ini sangat berbeza. Mungkin kerana keadaan umah baru yang tak siap-siap dari renovation.

syawal 1- beraya di kampung tercinta SUNGAI PENCHALA,Damansara.
syawal 2- membawa adek2 sepupu tgk wyg "OTAI"
syawal 3- survey barang umah ..lebih kurang 30kedai perabot aku dan familyu masuk
syawa 4- beli semua perabot yangdiperlukan (2 set perabot bilik tidur, satu almari baju 3 pintu,
peti ais, 2 kipas syling, blander dan sofa)..pekerja-pekerja sambung renovate
syawal 5- mengangkut barang2 naek lori ke umah baru.
syawal 6-barang2 perabot bilik danpeti ais tiba(penatnya mengemas)
syawal 7-mengemas rumah lama(kemas-kemas-dan kemas lagi)
syawal 8- penghantaran sofa ke rumah(kemas lagi)
syawal 9- hantar adek ke UiTM Melaka
syawal 10- accident motor kat padang jawa
syawal 11-terlentang kesakitan di atas katil
syawal 12-tak mampu berbuat apa-apa..kesakitan
syawal 13-start study untuk final sambil setle kan system
syawal 14-jumpa supervisor
syawal 15- selamat menjawab paper CSC 580 dan be openhouse(cheras-rawang-kepong)
syawal 16-baru bangun dan tak plan nak buat ape lagi.....


walaupun aku dah hantar barang2 ke umah lama tp keje renovation tak siap2..tak tau kenapa lambat sgt..sbb yg tinggal cume tile kat poach kete..pastu tinggap yangtak betul pasangan nya..
tahun nie aku terpaksa untuk tidak menerima kedatangan org nak beraya sebab umah baru yg tak abes kemas...umah lama yang tidak ade barang...hukhukhuk..walaupun kawan2 dah bisng(biasanya tiap tahun buat openhouse) aku tak mampu nak buat ape2 selagi pekerja2 tue tak siap kan umah baru ....tapi insya aallah house warming nanti aku jemputla...hukhukhuk...salam lebaranbuat semua.

Wednesday, October 3, 2007

Debat komuniti

msg dari abg amer aku terima tengah hari td..Berikut maklumat terkini mengenai debat komuniti 2007 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Tarikh : 4-6 Desember 2007
Pasukan yg layak : Wilayah persekutuan
Sabah
Pahang
Terengganu
Tajuk Separuh akhir : Institusi kekeluargaan asas pemupukan budaya berbudi bahasa
Tajuk Final : 50 Tahun Merdeka Terbilangkah kita?

semoga pasukan presint 8 Putrajaya mampu untuk menewaskan yang yang Insya Allah.

Monday, October 1, 2007

majlis berbuka puasa

Ramadhan telahtiba diminggu-minggu terakhir. Jemputan ke majlis semakin banyak aku terima dari sahabat serta kenalan-kenalan ku. Alhamdullilah berkat bulan ramadhan aku telah berjaya menyiapkan tugasan yang Dr Arsmah berikan kepadaku. Sekarang bertungkus lumus aku berusaha menyiapkan final project. Jadual peperiksaan telah di keluarkan. Naseb baik paper CSC580 tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.Aku perlu siapkan final project ku sebelum raya agar tidak kelam kabut nanti.

Jumaat lepas,aku menerima undangan berbuka puasa serta majlis perpisahan En Rani di Pejabat NR. Azan berkumandang sejurus aku memasuki pejabat. Tepat-tepat waktu berbuka. Kehadiran Dr Pau memeriahkan lagi keadaan. Tak ku sangka sebenarnya ramai juga ajk NR nie..Maklumlah sepanjang aktiviti yang aku sertai muka yang sama jer aku temui..semoga NR boleh terus berkembang setelah peningalan kami nanti..Nampaknya, aktiviti bercuti terakhir tak dapat aku ikuti. Tuntutan kerja yang menidakkan pemergian aku nanti.

Sepanjang majlis itu aku cuma menjamah apple pai yang dibuat sendiri oleh Fizi sebab aku berjanji ngan rakan lainuntuk berbuka bersama-sama. Lebih kurang pukul 9 malam, aku tiba di tempat pertemuan dengan suzana dan mariam. Setelah lama menunggu akhirnya kami mengambil keputusan untuk bergerak ke BIG PLATE dahulu.

Order punya order sampaila pesanan, aku minta air mangga mariam pula minta apple. Mungkin kerana terlalu lapar kami berdua tidak sedar yang air kami tertukar. tue pun perasan kerana yana nak try air kiteorg.huhuhuhu

burger yana yang besar dan berbeza dari tempat yang lain. terkejut beruk yana burger dia sampai.
sup mashroom yang dipesan habis hingga ke dinding2roti tue dimakan oleh suzana n mariam(1st set) yana n suraya(2nd set) lapar sangat ker..

Malam sabtu pula aku ke FAMOSA HOUSE di bangi berbuka dengan rakan-rakan sekolah teknik..5 tahun tak berjumpa pelbagai rakan yang aku temui paling tak disangka... wan yang datang berkeluarga.Anak kecik berusia 6 bulan menarik perhatian kami. ramai juga yang hadir..diana, bai, sham, burn,boy,faq, pali,fira,ani,apai(pakwe ani),ann, wan dan isteri (ida) serta anaknya (aqil).lepas berbuka singgah main bowling plak kat alamanda(fira n burn dahgerak balek awal)...tak kisah main bowling smp kul 1 pagi..hijas smp blum permainan bermula(mcm ade games plak)..pastu sempat lagi singgah sahur kat DAPUR MAS sebelah cc yana..lama tak berjumpa smp kul 3 pg berborak..

hari ahad tue adek kecik aku merenggeksepanjang hari..niemuka budak yang suke tgk iklan(smp tak lais pun)hahahahah

Monday, September 24, 2007

Arwah Nurin : di mana nilai kemanusiaan.

Sudah beberapa hari pemergian arwah Nurin Jazlin di ratapi. Pemergian yang tidak pernah diduga boleh ibubapanya.Setelah sebulan lebih pencarian secara besar-besaran dilakukan namun sudah ketentuan ilahi berita sedih yang diterima. Siapa sangka, mereka yang tidak berperi kemanusian ini menghantar semula nurin dengan keadaan yang sangat tragis. entah ape yang mereka lakukan selama kehilangan Nurin kepada kanak-kanak itu. Entah Nurin tahu atau tidak gambarnya yang disebarkan di setiap pelusuk negara..Entah bagaimana perasaan kanak-kanak itu menghadapi saat-saat akhir hidupnya tanpa orang yang tersayang..Entah berapa lama kanak-kanak itu dalam ketakutan bersama mereka yang tidak berhati perut itu..entah..entah...

Tidak cukup dengan menyeksa kanak-kanak itu, dibungkus pula kedalam beg pakaian. Siapakah mereka sebenarnya? Syaitan mana yang mereka sembah? Dibulan ramadhan yang mulia ini mereka menunjukkan kejahilan mereka..Sejauh mana lagi yang mereka akan lakukan. Ada lagi kah kanak-kanak lain dalam tebusan mereka?Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Jawapan itu hanya terjawab jika mereka yang bersalah ini membuat pengakuan.Tapi sampai bila harus kita tunggu?Ibubapa semakin takut untuk melepaskan anak-anak mereka dari pandangan mata.Itukah yang kita tuntut dalam mencapai kemerdekaan ke 50 ini? semakin takut bergerak di negara sendiri? semakin rasa dikecam dengan keadaan sekeliling?