Wednesday, September 5, 2007

Kehidupan yang semakin diuji

Bukan senang untuk meneruskan kehidupan ini. Semakin lama semakin banyak yang dilalui.Liku yang dilalui tidak sama setiap kali.Sampai kan ada yang hampir tersungkur walaupun tidak diganggu oleh orang lain. BAgi mereka yang masih mencari arah kehidupan yang sebenar, masih banyak lagi yang perlu dilihat.Jangan la pandang ke hadapan sahaja,sesungguhgnya yang dibelakang bukan sekadar kenangan tetapi tau ladan yang perlu di pelajari dan diperbaiki. Dikiri dan kanan juga perlu diambil kira kerana ianya adalah panduan untuk kita tidak sesat di tempat yang sepatutnya.

Berapa ramai orang yang berada disekeliling tidak semestinya boleh dipercayai malahan perlu ditapis setiap cerita yang mereka cipta. untuk apa semua itu, hidup tanpa kejujuran dan penuh kepura-puraan agar mereka terus dipandang tinggi. Setinggi mana yang mereka mahukan? setinggi langgit yang tak terkapai, pabila jatuh kelak , huh...pedih yang amat dan bakal meninggalkan parut yang besar.

Kerinduan tehadap zaman dahulu semakin mencengkam diri, betapa indahnya kehidupan itu. Sentiasa diperhatikan, sentiasa di ingatkan. Tapi kini kita yang perlu untuk melakukan semua itu. Tanggungjawab semakin menebal dan bakal memerlukan kokmitmen yang lebih besar. Jika orang yang lebih awal melakukan nya, mengapa tidak kita? lebih sukarkah kehidupan masa kini berbanding dahulu? Semakin banyakkah tekanan masa kini berbanding dahulu?

Adakah kerana globasasi yang menguasai dunia kita mula merasa tekanan yang berat? Perlu diingatkan globalisasi telah lama wujud. Kini kita lebih bvanyak medium yang digunakan untuk menangkis semua ini. Sejauh manakah usaha kita sebenarnya? Jawapan itu hanya ada pada diri kita.

2 comments:

Anonymous said...

yooo...hidup fila!!! nerdeka !merdeka!

Nen-C said...

fila...kagumnyer aku..betul ahh tu..

you're tagg!!